Kartunis jadikan sidang media Pak Long, Pak Ngah sebagai inspirasi

0
33

KUALA LUMPUR: Abdullah berkata, pelbagai idea melukis dipersembahkan daripada data harian disampaikan dua ikon digelar Pak Long dan Pak Ngah itu.

Sebagai contoh, katanya, lukisannya yang meletup dan tular adalah pembelian di bazar Ramadan dalam talian sewaktu PKP.

“Kita persembahkan dalam bentuk ringkas. PKP bermula 18 Mac mencabar ramai orang, kami golongan kartunis ambil peluang untuk berkarya hasilkan lebih 100 muka surat termasuk saya sendiri.

“Hari-hari ada cerita (sidang media) berkenaan Covid-19 dan PKP… penangkapan dan sebagainya.

“Karya saya meletup bulan puasa apabila tiada bazar Ramadan. Seorang bapa yang ada ramai anak tepuk dahi apabila pelbagai makanan dipesan untuk juadah berbuka tiba dengan penghantaran dan sebagainya. Seolah-olah macam pergi bazar (fizikal) juga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perasmian pameran kartun: Kartunis vs Covid-19 di Rumah Kartun dan Komik Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang turut menyampaikan Tokoh Kartunis Malaysia 2020 kepada Mie.

Mie sudah berkecimpung dalam dunia kartun sejak 35 tahun lalu termasuk menjadi pelukis kartun di majalah Gila-Gila dan Batu Api.

Sementara itu, Presiden dan Pengasas Rumah Kartun Dan Komik Malaysia, Mohd Desa Omar atau Juragan berkata, lebih 100 lakaran kartun berkenaan Covid-19 dan PKP dipamerkan.

“Kartun dihasilkan membabitkan seramai 35 kartunis iaitu 24 dari Malaysia manakala 11 dari Singapura dan Indonesia.

“Orang ramai boleh hadir dan masuk adalah percuma,” katanya.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here