Kazakhstan hasilkan vaksin

0
34

| 10 Ogos 2020

Kes Covid-19 di Kazakhstan mencatatkan kadar pemulihan 69 peratus setelah pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negara Asia Tengah tersebut dalam memerangi wabak itu.



SHAH ALAM – Kazakhstan kini sedang berusaha menghasilkan dan mengeluarkan vaksin sendiri bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Menteri Kesihatan negara Asia Tengah itu memberitahu, vaksin tersebut sudah melepasi ujian praklinikal yang dijalankan terhadap tikus, babi dan kera.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian penyelidik daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Biologi secara sukarela menguji vaksin itu ke atas diri mereka sendiri.

“Pada September nanti dengan izin Kementerian Kesihatan, tahap pertama ujian klinikal ke atas manusia juga akan dilancarkan.

“Fasa kedua percubaan vaksin ini akan melibatkan pengujian vaksin kepada lebih ramai orang.

“Seramai 200 individu secara sukarela akan menguji semula vaksin yang dihasilkan antara Oktober dan Disember tahun ini dan ia dirancang untuk dijalankan di Klinik Almat, Kazakhstan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah selanjutnya untuk memvaksinasi warganegara terhadap ancaman Covid-19 adalah dengan menubuhkan kilang pembuatan untuk pengeluaran ubat imunobiologi di Institut Penyelidikan Keselamatan Biologi di wilayah Zhambyl.

Katanya, kilang itu akan menghasilkan sehingga 60 juta dos vaksin yang akan muncul di pasaran domestik setiap tahun.

Sementara itu dalam perkembangan lain, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Kazakhstan mencapai angka 92,662 kes dengan kadar pemulihan 69 peratus, kadar morbiditi (1.2 peratus) manakala beban kerja hospital dilaporkan menurun kepada 36 peratus.

Menurut kenyataan akhbar itu, susulan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 1 Ogos lalu, negara itu turut mengeluarkan statistik gabungan kes Covid-19 serta mereka yang menghidap radang paru-paru akibat wabak tersebut.

“Kementerian Kesihatan Kazakhstan juga bekerjasama dengan pihak lain sebagai persediaan menghadapi peningkatan tahunan jangkitan virus influenza dan virus pernafasan pada tempoh musim luruh dan sejuk.

“Justeru, kapasiti katil ditingkatkan daripada 30,400 menjadi 49,700 untuk menyediakan rawatan perubatan tepat pada masanya untuk pesakit,” kata kenyataan itu.

SUMBER: SINAR HARIAN


infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here