Kekang penyeludupan PATI, polis tingkatkan pemantauan di paya bakau

0
68

KUALA LUMPUR: Polis mempertingkat rondaan serta pemantauan di kawasan paya bakau di seluruh negara, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan bagi melaksanakan operasi di semua lokasi yang dikenal pasti, termasuk di kawasan paya bakau.

“Lokasi mereka (sindiket) sentiasa berubah, kerana mereka tidak mahu dikesan pihak berkuasa, namun pihak polis sentiasa pantau kegiatan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin kini menjadikan kawasan paya bakau di Selangor, sebagai lokasi transit untuk mereka masuk dan keluar dari negara ini.

Jumaat lepas, 84 pendatang tanpa izin ditahan di kawasan paya bakau di Tambak Jawa, Selangor, ketika menunggu sebuah bot untuk membawa mereka menyeberangi sempadan negara.

Polis sebelum ini menumpaskan tiga kumpulan jenayah terancang terbesar di negara ini, yang disyaki turut terlibat dalam penyeludupan migran dan samun berkumpulan, dengan penahanan 111 ahli kumpulan termasuk ketuanya.

Tiga kumpulan jenayah itu adalah Geng Otong, Geng Halim, dan Geng Husen Maungdaw.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, 1,215 pendatang tanpa izin dan 215 tekong ditahan sejak 1 Mei sehingga Khamis lepas (2 Julai), menerusi Ops Benteng yang dilaksanakan

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here