Kelantan Bangunkan Tempat Untuk ‘Keluarga’ Baru Islam

0
78

KELANTAN: Di Kampung Kok Keli, Tumpat telah dibangungkan sebuah pusat latihan untuk mualaf dalam pada itu pusat itu juga turut dijadikan tempat perlindungan untuk mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Pusat itu telah dibina di atas tanah milik iaitu Datuk Dusuki Ahmad, telah menelan kos sebanyak RM370,000 untuk pengubahsuaian. Kos tersebut adalah sumbangan dari pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bersama dengan seian dari Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK). Pusat itu dibina di atas tanah milik Datuk dusuki Ahmad yang telah diwakafkan.latihan yang membabitkan kos pengubahsuaian mencecah RM370,000 itu disumbangkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dengan seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh pemiliknya, Datuk Dusuki Ahmad.

Gambar dari Facebook Masjid Mukim Paloh Tumpat

Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Maik berkata, untuk memastikan saudara baru kita dapat menguruskan diri dari segi pengatahuan agama, beliau telah mwewujudkan fasilit di pusat tersebut untuk mereka penginap secara transit dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Dalam tempoh tersebut, insyaAllah ianya cukup untuk memastikan mereka mahir dalam asas agama.

“Di pusat latihan ini ada menyediakan asrama termasuk bilik keluarga, dewan serbaguna, dewan makan serta kelas untuk mendalami Islam.Setakat ini, seramai tujuh penghuni sudah menginap di sini dan pusat latihan ini mampu memuatkan sehingga 30 penghuni. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kita juga tidak menghadkan kepada rakyat negeri ini sahaja tetapi juga luar Kelantan,” Ujar beliau selepas majlis perasmian berlangsung.

Turut menhadirkan diri bersama-sama merasmikan pembukaan tersebut ialah Timbalan YDP MAIK Zulkifli Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman dan Ketua Dividen Syariah BMMB Mohd Izuwan Mahyudin.

Gambar dari Facebook Masjid Mukim Paloh Tumpat

Sementara itu, Mohd Izuwan berkata, BMMB tampil menjadi penghubung kepada masyarakat untuk menunaikan hak harta dengan berinfak atau berwakaf kepada mereka yang memerlukan. Menurutnya lagi, usaha itu dilakukan menerusi kolaborasi bersama MAIK untuk kutipan dan pengurusan wakaf yang dikenali sebagai Wakaf MAIK Muamalat.

“Projek Pusat Latihan Mualaf ini adalah projek sulung Wakaf MAIK Muamalat dan kami mengucapkan syabas kepada MAIK yang bertungkus lumus memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kami berharap fasiliti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengadakan aktiviti kebajikan dan bimbingan kepada saudara baharu,” katanya.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here