Kenderaan dinaiki bertembung dengan lori muatan kayu, dua maut

0
163

SIBU: Dua maut selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kayu milik sebuah syarikat, di Jalan Stabai-Durin, di sini, malam tadi.

Pemandu kereta yang hanya dikenali Yong dan penumpang Mok Hoc Ming, 49, yang tersepit dalam kejadian itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.04 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa dalam keadaan parah pada bahagian penumpang hadapan kereta.

“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Bomba juga menggunakan peralatan khas untuk memotong pintu hadapan kereta bagi mengeluarkan pemandu yang tersepit akibat kemalangan itu,” katanya di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berhampiran untuk tindakan lanjut manakala barangan seperti beg, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa diserahkan kepada polis.

Setakat ini, tiada maklumat berkaitan status pemandu lori terbabit kenderaannya dipercayai sudah dialihkan dan tiada di lokasi ketika polis tiba di tempat kejadian.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here