Kerajaan prihatin kebajikan OKU terjejas akibat PKP

0
75

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) prihatin terhadap keluhan orang kurang upaya (OKU) yang meminta kerajaan mempertimbang membenarkan perkhidmatan membabitkan golongan itu beroperasi semula dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata pendapatan golongan OKU seperti cacat penglihatan yang menjalankan perkhidmatan mengurut antara terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada kalangan mereka menjadi tukang urut, tetapi PKP ini menjejaskan pendapatan mereka. Saya akan mengutarakan permohonan mereka, kita akan patuh semua SOP ditetapkan,” katanya selepas menyampaikan bantuan bakul makanan kepada ahli Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan 500 bakul makanan kepada ahli MAB.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here