Kerangka besi projek pembinaan LRT3 tumbang

0
385

KLANG: Sebuah kerangka besi bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tumbang semasa kerja pembinaan dijalankan berhampiran Kompleks Pasar Meru di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Polis segera ke lokasi sebaik menerima laporan dan mengawal keadaan trafik di lokasi terbabit.

“Jalan di lokasi terbabit ditutup di kedua-dua arah dan lencongan turut dibuat. Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Terdapat beberapa gambar dan video kejadian itu tersebar di media sosial sejak beberapa jam lalu berserta keterangan gambar ‘klang jln meru pasar sana lrt tumbang’ dan ‘Pembinaan lrt3 roboh depan telekom…nmpk tak’.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here