Kertas siasatan dakwaan salah guna kuasa Prasarana siap

0
96

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan berhubung isu dakwaan salah guna kuasa dalam Prasarana Berhad (Prasarana) dengan kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, dua minggu lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada Peguam Negara, termasuk sekiranya ada atau tidak pihak yang boleh dituduh.

“(Siasatan) kes sudah selesai. Saya hanya menunggu keputusan Peguam Negara sekiranya ada atau tidak pihak yang boleh dituduh, membabitkan kes salah guna kuasa iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kertas siasatan siap dalam dua minggu lalu dan sudah dirujuk kepada Peguam Negara,” katanya ketika ditemui media selepas Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di sini, hari ini.

Januari lalu, SPRM dilapor mengunjungi pejabat Prasarana berhubung siasatan terhadap dakwaan Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang didakwa cuba menggunakan autoritinya untuk melakukan perubahan signifikan dalam syarikat itu.

Mengulas isu penahanan dua pegawai SPRM yang disyaki terbabit dengan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’, Azam berkata, setakat ini kedua-duanya masih dalam jawatan dan tindakan akan diambil sekiranya pendakwaan dibuat ke atas mereka.

“Setakat yang saya tahu, dua pegawai SPRM masih ditahan oleh polis. Saya serah kepada pihak polis. Setakat ini, hanya dua saja yang saya tahu dan terpulang kepada polis sekiranya ada kes atau tidak.

“Di peringkat dalaman, saya boleh sahkan tidak ada pegawai lain yang terbabit. Mereka (dua pegawai berkenaan) masih dalam tugas sebab siasatan masih dijalankan. Kalau dituduh kita akan tahan mereka, sekarang kita tunggu siasatan polis dulu,” katanya.

Bulan lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dipetik sebagai berkata, seramai 12 pegawai agensi penguat kuasa termasuk seorang berpangkat Superintendan disyaki terbabit kumpulan jenayah terancang Geng Nicky ditahan melalui Op Pelican 3.0 sejak 21 April hingga 27 April lalu.

Mengulas isu kartel tender, Azam berkata sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti kemungkinan wujud kartel monopoli di jabatan dan agensi yang lain.

“Kita sedang memantau jabatan lain yang kita dapat maklumat kemungkinan wujud juga kartel monopoli.

“Setakat ini belum ada, kita sedang memantau perkara ini dan kita akan bekerjasama dengan MOF supaya dilihat dengan lebih teliti mengenai proses perolehan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here