Kertas siasatan rakaman audio mirip Zahid, Anwar dibuka

0
217

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tersebar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Polis sudah membuka kertas siasatan susulan lapan laporan polis yang diterima berhubung perkara itu setakat ini.

“Kita akan menghantar rakaman audio itu ke Makmal Forensik bagi tujuan analisis perbandingan persamaan suara dalam rakaman audio berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ahmad Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial sejak Rabu lalu.

Melalui audio sepanjang empat minit 17 saat itu, suara mirip Anwar antara lain memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat selama 22 tahun.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here