KKM jemput bekas pesakit COVID-19 sertai penyelidikan perubatan

0
37

 

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti COVID-19 dijemput untuk menyertai penyelidikan perubatan bagi mengetahui paras antibodi di dalam darah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penyelidikan itu penting bagi mengetahui tahap antibodi neutralisasi atau imuniti di dalam darah yang boleh menghalang virus COVID-19 dari menjangkiti semula individu berkenaan.

“Sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjemput rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti virus COVID-19 untuk menyertai penyelidikan perubatan bertajuk: Kajian Membujur (Longitudinal Study) tindakbalas antibodi neutralisasi di kalangan pesakit COVID-19 di Malaysia.

“Penyelidikan ini sudah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108),” katanya dalam Facebook, di sini.

Dr Noor Hisham berkata, untuk keterangan lanjut mengenai penyelidikan itu boleh hubungi Dr Rafiza Shaharudin di talian 03-33627753 atau emel ke [email protected] atau Dr Masita Arip di talian 03-33627735 atau emel ke [email protected].

Semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 350 kes sudah sembuh menjadikan ia jumlah tertinggi pernah dicatatkan sejak permulaan penularan COVID-19 di negara ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah sembuh sepenuhnya dari dijangkiti COVID-19 adalah sebanyak 11,372 kes atau 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 

SUMBER: BERITA HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here