Kompleks LHDN di ibu negara ditutup sehingga Jumaat ini

0
51

 

KUALA LUMPUR: Semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim di sini akan ditutup mulai hari ini sehingga 16 Oktober bagi kerja sanitasi.

Susulan itu, LHDN dalam kenyataan media hari ini menyarankan pembayar cukai melakukan urusan percukaian secara dalam talian sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 bagi pembayar cukai di luar negara.

“Pembayar cukai juga boleh berhubung menerusi HASiL Live Chat dan mengisi Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantasĀ https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” kata kenyataan itu.

SUMBER: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here