KPDNHEP memberi jaminan bekalan minyak tidak terjejas

0
19

PUTRAJAYA: Kebakaran tangki minyak mentah di Kampung Paya, Port Dickson, semalam, tidak memberi kesan kepada seluruh infrastruktur bekalan kerana ia hanya melibatkan sebuah tangki sahaja dan tidak merebak ke tangki penyimpanan minyak bersebelahan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata pihak Hengyuan Refining Company Bhd (HRC) memberi jaminan bahawa bekalan tidak terjejas namun pemeriksaan sepenuh bekalan sedang dilakukan oleh pihak syarikat itu. 

“Operasi gantri di loji penapisan minyak telah kembali pulih seperti sediakala dan telah kembali membekalkan stok gas petroleum cecair (LPG), Petrol U97, Kero dan diesel kepada pihak SMT Sdn Bhd, NGC Energy Sdn Bhd dan Petron mulai jam 2.40 pagi ini,” katanya, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

“Mengikut rekod syarikat, simpanan semasa tangki itu adalah 10,000 liter dengan saiz tangki berukuran 23 x 60 meter. Hasil siasatan awal mendapati kebakaran itu terjadi akibat panahan petir berikutan hujan lebat semalam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba masih menyiasat punca utama kebakaran itu,” katanya.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here