KPDNHEP NS nafi masalah bekalan minyak masak paket 1kg di Palong

0
98

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menafikan berlaku kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram (kg) di kawasan tanah rancangan FELDA Palong 4,5 dan 6, Jempol, dekat sini.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman, berkata anggota penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Kuala Pilah sudah menjalankan pemeriksaan di empat buah premis runcit di kawasan terbabit, semalam.

“Hasil pemeriksaan itu mendapati bekalan minyak masak paket 1kg ada dipamer di rak jualan dan mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di kawasan berkenaan.

“Premis mendapat bekalan daripada pembekal dengan kekerapan satu kali setiap bulan. Premis terbabit juga diingatkan untuk memastikan had pembelian minyak masak berkenaan sebanyak tiga unit setiap pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here