KPDNHEP serbu kilang logo jenama tiruan

0
312

KUALA LUMPUR: Dua premis kilang disyaki didalangi warga Bangladesh yang mencetak logo jenama tiruan pada pakaian, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur Ariffin Samsudin, berkata dalam serbuan kira-kira 10 pagi itu, pihaknya merampas 121 acuan mencetak logo jenama terkenal, 4,630 helai pakaian dan satu set komputer dengan nilai sitaan keseluruhan dianggarkan RM100,000, di kedua-dua premis yang terletak di Cheras.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua kilang yang beroperasi lebih daripada setahun itu, menjadi pusat mencetak logo tiruan pada pakaian, sebelum dijual kepada pemborong utama sekitar Lembah Klang serta diedarkan bagi pasaran seluruh negara.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun yang dipercayai pemilik kedua-dua premis ini ditahan untuk diambil keterangan.

“Siasatan mendapati perniagaan ini dimiliki warga Bangladesh, susulan stok bekalan dan rangkaian pekerja juga daripada negara sama,” katanya pada sidang media di Stor Eksibit KPDNHEP Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata, serbuan dibuat hasil risikan selama sebulan bermula daripada maklumat pada Februari lalu.

Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya menumpaskan rangkaian utama sindiket pakaian berjenama tiruan dalam negara dan kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here