Lelaki ditahan miliki 2,390 karton rokok seludup

0
113

KLUANG: Polis merampas 2,390 karton rokok pelbagai jenama tanpa cukai kastam dan sebuah kereta PROTON Wira dianggarkan semuanya bernilai RM460,000, selepas menahan seorang lelaki di Taman Mega, Simpang Renggam, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, suspek berusia 43 tahun yang asyik memunggah rokok seludup itu daripada kereta ke rumahnya ditahan hasil maklumat awam dan pemantauan serta risikan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) selama hampir dua minggu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang, berkata siasatan mendapati semua rokok seludup itu milik suspek yang juga bertindak sebagai penghantar rokok kepada pelanggan selepas menerima pesanan.

“Suspek dipercayai mendapat bekalan rokok dari Kuala Lumpur untuk pasaran sekitar Simpang Renggam dan Kluang. Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here