Lelaki ditemui meninggal dunia depan komputer riba

0
947

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan duduk di atas lantai menghadap komputer riba di sebuah rumah di Taman Jambu Mawar, di sini, malam tadi.

Kejadian disedari jiran mangsa yang hairan apabila mangsa tidak keluar rumah selepas dipanggil beberapa kali, sebelum menghubungi anggota bomba jam 9.30 malam untuk pemeriksaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Apabila tiba, anggota mendapati pintu rumah berkunci dan terpaksa memecahkannya (pintu) dengan menggunakan peralatan khas.

“Selepas itu, anggota menemui mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 60-an berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, petugas perubatan yang turut berada di lokasi menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here