Lelaki maut dipukul kerana mengejek

0
170

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul dengan sebatang besi oleh rakannya di sebuah rumah di Jalan Kota Sarang Semut, di sini, Selasa lalu.

Kejadian kira-kira jam 8.05 pagi itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham apabila mangsa mengejek suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata mangsa berusia 30-an meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila suspek marah kerana mangsa mengejeknya.

“Polis menerima maklumat selepas menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pergaduhan itu.

“Suspek yang juga berusia 30-an ditahan kira-kira satu jam selepas kejadian untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Alor Setar Selatan, di sini, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, polis turut menemui sebatang besi buruk yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan juga mendapati, suspek dan mangsa sedang menjalani perintah sekatan di atas kesalahan jenayah, manakala ujian air kencing pula suspek positif dadah jenis Methampetamine.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kerana dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman bermula Rabu lalu sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here