Lima kedai musnah dijilat api

0
90

BATU PAHAT: Lima deretan kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Rogayah, dekat sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian pada jam 6.15 petang itu membabitkan lima unit kedai struktur separuh kekal terbakar 75 peratus.

“Sebuah rumah kosong struktur separuh kekal yang terletak di belakang bangunan kedai terbabit turut musnah hampir 90 peratus terbakar.

“Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Tindakan pantas bomba bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke beberapa lagi unit kedai bersebelahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, operasi memadam kebakaran itu membabitkan 26 orang anggota bomba dan lima jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penggaram dan Rengit serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sri Gading.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here