Majikan perlu tahu pekerja bukan mangsa mudah

0
130

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa kerajaan melindungi pekerja tempatan dan asing daripada menjadi sasaran mudah majikan yang memberi amaran mengenai peningkatan dua angka kadar pengangguran pada bulan-bulan mendatang.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon, berkata “Kementerian Sumber Manusia (KSM) harus mengadakan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) bagi menghentikan pembuangan kerja yang sedang dan akan berlaku seperti yang dinyatakan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF),” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada masa sama, Solomon berkata MTUC akan terus menggesa kerajaan supaya memperkenalkan Peraturan Penggajian Kecemasan yang melarang majikan membuang pekerja untuk satu tempoh tertentu.

“Walaupun ramai majikan tidak bersetuju, cadangan ini perlu dibincang di peringkat NLAC bagi memberi kami peluang berhujah dengan alasan yang kukuh,” katanya.

Menurutnya, semalam MEF memberi amaran bahawa kadar pengangguran pada lima peratus di negara ini sekarang boleh meningkat kepada 12 peratus menjelang pertengahan tahun depan.

“Kami menggesa KSM dan kerajaan amnya agar tidak mengambil mudah amaran MEF berhubung peningkatan kadar pengangguran ini.

“Tanpa campur tangan kerajaan, pekerja khususnya yang bergaji rendah, berdepan risiko kehilangan pekerjaan. Kami gesa kerajaan agar tidak benarkan golongan ini menjadi mangsa majikan yang taksub dengan keuntungan semata-mata,” katanya.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here