Malaysia Airlines nafi pesawat bawa penumpang dari India

0
308

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) membuat laporan polis terhadap dua individu kerana mendakwa syarikat itu melakukan penerbangan membawa penumpang dari India.

Syarikat itu berkata, laporan polis dibuat terhadap individu dikenali Wan Hilmi Wan Mohd Nor Hilmi dan Muhammad Fahmi Abdullah selepas memuat naik dakwaan berkenaan di media sosial.

Dakwaan itu jelasnya, bukan saja menjejaskan reputasi, malah dilihat sebagai ancaman kepada kredibiliti negara dalam mengekang penularan COVID-19.

“Malaysia Airlines menegaskan semua penerbangan bagi tempoh kelmarin sehingga hari ini dari India adalah penerbangan kargo membawa muatan seperti barangan farmaseutikal, bekalan perubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan pembungkusan kurier.

“Penerbangan terbabit tidak membawa sebarang penumpang selain anak kapal yang kekal berada dalam pesawat ketika transit.

“Malah, sebagai langkah berjaga-jaga, tiada seorang kakitangan penyelenggaraan di India dibenarkan memasuki pesawat,” jelas kenyataan itu, hari ini.

Kata syarikat itu lagi, sejak negara menyekat kemasukan warga India ke Malaysia pada 28 April lalu, Malaysia Airlines membatalkan semua jadual penerbangan penumpang dari dan ke India.

“Semua penerbangan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang ketat,” kata kenyataan itu.

Sejak semalam, tular mesej di media sosial bersama carta penerbangan menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh pesawat berlepas dari India dikesan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Mesej itu membangkitkan kebimbangan penularan varian baharu COVID-19 dari India dan mendakwa kerajaan tidak serius mencegah pandemik itu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here