Mangsa banjir di Sabah meningkat 1007 orang

0
22

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah terjejas di Sabah meningkat mendadak menyebabkan jumlah pusat pemindahan sementara ( PPS ) bertambah menjadi 13 buah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam ( APM ) Sabah merangkap Sekretariat Pengurusan Bencana Sabah, Kolonel Kamal Mokhtar, berkata PPS yang dibuka membabitkan daerah Kota Belud, Papar, Penampang, Tenom dan Beaufort dengan jumlah mangsa banjir mencecah 1007 orang.

“Di Kota Belud secara keseluruhan terdapat 325 mangsa dari 32 kampung ditempatkan di empat buah PPS iaitu Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Muhibbah Kampung Tombol, Dewan SRJK Chung Hwa dan Dewan SK Pekan Kota Belud.

“Di Penampang, keseluruhannya terdapat 38 orang mangsa dari 12 buah kampung ditempatkan di dua buah PPS iaitu Pusat Kebudayaan Penampang dan Dewan Limbanak.

“Sementara itu, Papar pula mencatatkan 61 mangsa dari 19 buah kampung yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Papar.

“Di Tenom, seramai 539 orang mangsa dari 12 buah kampung ditempatkan di lima buah PPS iaitu Rumah Kebudayaan Ponontomon, Rumah Kebudayaan Kampung Labut 2, Rumah Kebudayaan Kampung Angalor, Mini Dewan Jinuin Mandalom dan Dewan Seri Panglima Antanom,” katanya.

Kamal berkata, enam daerah lain yang turut terjejas Beaufort, Tuaran, Putatan, Keningau, Pitas dan Kota Marudu.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here