Mangsa banjir Perak meningkat kepada 311 orang

0
17

IPOH: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila 311 mangsa daripada 79 keluarga dicatatkan setakat 9.30 pagi ini berbanding 86 mangsa daripada 18 keluarga pada 11.30 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataannya, berkata bagaimanapun Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kekal tiga PPS.

Katanya, angka tertinggi dicatatkan di Kampung Pantai Besar, Ijok, Selama, iaitu 243 mangsa daripada 64 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai Besar yang mula dibuka 8.46 malam tadi.

Katanya, ia disusuli 42 mangsa daripada 10 keluarga bagi banjir melanda Kampung Batu 7, Changkat Baru, Matang, Taiping dengan PPS dibuka di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-Barakah, Matang dibuka bermula 8.30 malam tadi.

“26 mangsa daripada lima keluarga terjejas di Kampung Larut Hulu Air Kuning, Taiping ditempatkan di Dewan Orang Ramai (DOR) Air Kuning bermula 6.30 petang semalam.

“Secara keseluruhan sebanyak 125 termasuk 62 petugas daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi susulan banjir kali ini bermula sejak semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here