Mangsa kelima tragedi bot karam berjaya ditemui

0
38

BACHOK: Seorang lagi mangsa tragedi bot terbalik ditemui, menjadikan lima mangsa terkorban dalam kejadian di perairan Kemasin, malam tadi.

Mayat mangsa kelima dibawa ke jeti Perikanan Kemasin di sini, jam 2.18 petang tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Syafiq Che Alim, 29, menerusi pengecaman oleh ibu bapanya, Ghaniah Deraman, 62 dan Che Alim Muda.

Sebelum ini, empat pemancing dilaporkan meninggal dunia manakala empat lagi hilang selepas bot dinaiki terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam membabitkan sebuah bot dinaiki 20 pemancing termasuk tekong.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here