Maritim Malaysia selamatkan lima pemancing

0
118

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyelamatkan lima pemancing selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan di perairan Pulau Redang, semalam.

Lima lelaki termasuk tekong berusia antara 32 hingga 47 tahun berjaya diselamatkan pada jarak 15 batu nautika dari Pulau Redang kira-kira jam 5.45 petang.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata bot PENGGALANG 17 yang berada di kawasan berhampiran bergerak ke lokasi kejadian sebaik maklumat mengenai kejadian itu diterima kira-kira jam 4.45 petang.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menemui bot dinaiki lima lelaki tempatan sebelum mereka dipindahkan ke atas bot PENGGALANG 17.

“Semua mangsa selamat dan bot yang mengalami kerosakan itu ditunda ke Jeti Pulau Redang pada jam 6 petang untuk dibaiki,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here