Masih dalam siasatan, perompak bertindak sendiri atau pengaruh lain

0
272

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat jika ada pengaruh pihak lain dalam cubaan menyamun bank di Kota Tinggi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad, siasatan akan menentukan sama suspek bertindak sendiri atau ada pengaruh oleh orang lain.

“Polis masih menyiasat sama ada suspek bertindak sendiri atau ada pengaruh lain.

“Orang ramai mesti memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan tidak menimbulkan sensitiviti terhadap keluarga yang terbabit dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi gempar dengan rompakan dan tebusan wanita diacu dengan sebilah sabit.

Suspek berumur 19 tahun itu maut ditembak pengawal keselamatan ketika dalam cubaan menukar tebusan lain.

Md Yusof berkata, jenazah suspek sudah dituntut ahli keluarga semalam untuk dikebumikan, selepas bedah siasat oleh hospital.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here