Mayat lelaki baru seminggu kahwin ditemui

0
234

KUALA BERANG: Mayat lelaki yang lemas ketika berenang di Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir, di sini, ditemui jam 7.10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Said, berkata mayat Ami Azzizol Abu Bakri, 21, ditemui terapung di permukaan air pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian oleh seorang pengusaha rumah rakit.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian memaklumkan perkara itu kepada pasukan polis Marin yang meronda di kawasan berhampiran.

Katanya, mayat mangsa diangkat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Mohd Adli berkata, berikutan penemuan itu, operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) yang mengambil masa selama tiga hari ditamatkan.

Dalam kejadian jam 5.50 Sabtu lalu, mangsa dari Kampung Sungai Buaya, Dungun yang sedang menghabiskan percutian bulan madu bersama isteri dan ahli keluarga mentua, dikatakan berenang di hadapan rumah rakit disewa mereka tanpa memakai jaket keselamatan.

Ketika berenang, mangsa dikatakan mengalami kekejangan otot sebelum tenggelam.
Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here