Mayat PATI wanita dijumpai

0
165

JOHOR: Mayat wanita dipercayai antara tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang hilang selepas bot dinaiki terbalik ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa ditemui berhampiran Pelabuhan Tuas di perairan Singapura, hari ini.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, mayat berkenaan ditemui oleh pasukan Singapore Police Coast Guard (SPCG).

“Pada jam 12 tengah hari, kami terima laporan daripada SPCG yang menemui satu mayat wanita berhampiran Pelabuhan Tuas oleh aset SPCG.

“Mayat sudah dibawa ke pelabuhan untuk tindakan seterusnya.

“Mayat disahkan mangsa yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.

“Pihak SPCG akan menguruskan mayat dengan kerjasama Kedutaan Indonesia di Singapura,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan tiga PATI warga Indonesia hilang selepas bot dinaiki terbalik ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa di perairan Tanjung Adang, Gelang Patah, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, Aminuddin berkata, pihaknya mengesan sebuah bot mencurigakan di sekitar Tanjung Adang kira-kira jam 12 tengah malam.

Katanya, bagaimanapun bot membawa lima PATI termasuk tekong warga Indonesia itu terbalik pada jam 1.45 pagi ketika cuba melarikan diri daripada ditahan bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Benteng di perairan Tanjung Piai.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here