Mayat Terapung Di Sungai Perak, Indonesia

0
47
Gambar Hiasan

PARIT – Di Kampung Pulau Pisang semalam, telah dijumpai mayat yang sedang terapung di dalam sungai dan lengkap berpakaian. Mayat yang terapung di tengah Sungai Perak berhampiran dengan Pam Pasir 1, Bota Kiri dipercayai telah dijumpai oleh penduduk kampung pada petang semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintandan Barudin Wariso, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis, penduduk kampung tersebut telah menjumpai mayat lelaki itu dengan lengkap berpakaian.

Pada jam 10.40 malam, mayat tersebut berjaya di naikkan dengan bantuan Khidmat Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar. “Pemeriksaan mendapati mayat itu dipercayai berusia lingkungan hujung 20-an dan memakai baju-T bertulis Atlanta Monster warna coklat kekuningan dan berseluar jeans biru pendek. Pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah menemui dompet serta sesalinan dokumen pengenalan diri,” Ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Tanjung Perak, Indonesia berdasarkan dokumen yang dijumpai dengan menggunkan nama Husnon, 27. “Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri itu belum dapat disahkan. Cap jari akan diambil untuk pengesahan identiti sebenar mayat tersebut.P emeriksaan keseluruhan tubuh juga tidak menemui apa-apa kecederaan fizikal akibat perlakuan jenayah dan dipercayai telah meninggal dunia tiga hari sebelum mayat ditemui,” katanya.

Tambahnya lagi, setakat ini kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Changkat Melintang dikerluarkan.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here