Melaka catat kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi

0
105

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.07.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).

Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).

Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 merekodkan empat angka dengan 3,499 kes selain lima kematian dilaporkan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,498 kes adalah penularan tempatan membabitkan 1,871 atau 53.5 peratus rakyat negara ini; 1,627 atau 46.51 warga asing manakala satu kes import membabitkan rakyat tempatan.

Selangor masih mencatat kes positif baharu tertinggi dengan 1,345 kes dilaporkan hari ini, diikuti Johor (802) dan Kuala Lumpur (511).

– BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here