“Melampau” Rumah Penduduk di Kampung Puncak Kundang Dirobohkan

0
106

SELANGOR: Berikutan kejadian yang berlaku semalam, rumah-rumah di Kampung Melayu Puncak Kundang, Rawang, Selangor mengalami krisis berkaitan tanah yang telah mereka teroka sejak 20 tahun yang lalu. Menurut Siti Nor Aminah Md Nafi, 38, mereka telah peneroka kawasan tersebut mengikut prosedur yang betul dengan merujuk kepada pihak yang berkenaan. Namun, pada 2017 mereka telah mendapat satu surat yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan kawasan tersebut kerana dengan alasan bahawa mereka ada penceroboh haram.

Disebabkan itu, Aminah mengemukan pada dokumen-dokumen yang mengesahkan permohanan yang telah dibuat mereka untuk meneroka tanah kawasan tersebut. Meskipun begitu, pemaju tetap mahu merobohkan kawasan tempat tinggal penduduk tersebut dengan membawa beberepa jentera. Sebelum kejadian merobohkan kawasan rumah tersebut, menerusi video yang dirakam oleh team BMF, kelihatan pihak TNB telah hadir untuk memtong bekalan elektrik kampung tersebut. Hal ini menaikkan lagi darah penduduk kawasan tersebut.

Perobohan bermula dengan rumah yang masih dalam proses pembinaan menggunakan jentera berat Excavator. Berikutan kejadian tersebut, sebanyak 15 rumah berjaya dirobohkan dan 5 daripada rumah tersebut telah berpenghuni. Oleh kerana status tanah tersebut bukan dibawah kuasa kerajaan dan kerja-kerja perobohan diteruskan atas arahan pemilik asal geran tersebut. Pemilik asal geran tanah tersebut memutuskan untuk merobohkan kawasan tersebut dengan surat perintah dari mahkamah.

Susulan kejadian tersebut, Y.B Tuan Sallehudin Bin Amiruddin tampil menjelaskan isu tersebut. Menurut Y.B meskipun beliau merupakan wakil rakyat, tidak banyak yang boleh beliau lakukan kerana perintah perobohan tersebut datangnya dari pihak mahkamah sendiri. Y.B Sallehudin juga meminta penduduk memberikan kerjasama kepada pihak polis memberikan data jumlah penghuni setiap rumah untuk di pertimbangan masa akan datang.

Dalam kejadian ini, kita masih tidak tahu siapa yang benar atau salah. Diharapkan pihak berkenaan dapat membantu mereka yang terainaya dan diberikan perlindungan sehingga kes ini dapat diselesaikan. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan jangka masa tedekat.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here