Mesyuarat, seminar, kursus dibenarkan

0
83
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Segala mesyurarat, seminar, bengkel, kursus dan sebagainya yang dianjurkan sama ada oleh pihak kerajaan dan swasta telah dibenarkan. Kebenaran ini boleh dilakukan dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun, anjuran ini tertakluk kepada pelbagai prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah maksimum bagi anjuran itu hanya terhad kepada 250 orang sahaja.

Ismail Sabri berkata, penganjuran ini bergantung kepada kapasiti ruang tempat tersebut dan mesti mengamalkan penjarakan sosial.

Dasar ini dikemukan selepas beliau menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan PKPP di Putrajaya, hari ini.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here