Miliki pokok ganja di kediaman, suami isteri ditahan

0
52
Gambar Hiasan

KUCHING: Pasangan suami isteri diberkas kerana memiliki pokok ganja di kediaman mereka di Kampung Paya Mebi, Landeh, di sini, petang semalam.

Suami penganggur berusia 35 tahun, manakala isteri, surirumah, 44, ditahan dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan pada jam 3.10 petang.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata pihak polis menahan pasangan berkenaan di beranda tingkat dua rumah terbabit kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah.

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek dan rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai satu pasu warna hijau dan di dalamnya tertanam pokok yang disyaki pokok ganja. Ia dirampas untuk dijadikan barang kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek lelaki menyatakan pokok terbabit ditanamnya dalam pasu itu lebih kurang tiga minggu yang diambil dari lorong kampung terbabit dan dibawa pulang ke rumah serta ditanam di dalam pasu untuk dipelihara.

“Pasukan serbuan telah pergi ke lorong berkenaan, didapati tiada pokok ganja lain yang ditanam di situ.

“Kedua-dua suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952,” katanya.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing yang dijalankan mendapati, suspek lelaki positif methaphetamine dan amphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala suspek wanita, negatif dadah.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here