Mourinho Berhasrat Untuk ‘Shopping’?

0
53

Spurs tewas sekali lagi apabila menentang RB Leizpig dari liga Jerman dalam aksi pusingan 16 UEFA Champions League 2019/2020. Jose Mourinho selaku pengurus pasukan Tottenham Hotspur mengeluarkan kenyataan mengenai kerjanya akan bertambah sukar sekiranya hanya menggunakan para pemain yang beliau ada sekarang.

Sejak akhir-akhir ini, Spurs tidak menonjolkan prestasi yang mengagumkan kerana bertarung dengan masalah kecederaan beberapa pemain utama seperti Harry Kane, Son Heung-min, Moussa Sissoko, Steven Bergwijn dan Ben Davies. Sepanjang 6 perlawanan akhir mereka gagal untuk meraih sebarang kemenangan.

Jose Mourinho membahas persembahan pasukannya apabila gagal melayakkan tempat di Champions League, beliau berkata :

“Kami datang ke perlawanan ini dengan kepercayaan [untuk menang]. Tapi kami tahu ianya sukar. [RB Leipzig] pasukan yang sangat kuat.

“Susah kami nak menjaringkan gol ketika ini. Bila kami buat kesilapan dan lawan menjaringkan gol, kerja tersebut [menjaringkan gol] menjadi lebih susah.

“Fizikaliti pemain [Leipzig] sangat mengagumkan. Pertahanan mereka menang duel. Mereka menghentikan serangan kami. Mereka juga sangat laju bila menyerang. Mereka layak pergi ke suku akhir.”

Mourinho memberi bayangan tentang perubahan yang mungkin akan berlaku dalam pasaran jendela perpindahan pemain akan datang ketika disoal oleh media kelab tentang mesej yang ingin disampaikannya kepada para peminat kelab Spurs menjelang baki beberapa perlawanan yang tinggal.

“Mesejnya adalah – inilah apa yang kita ada. Ini sahajalah pemain yang kita ada.

“Mungkin nanti kita boleh harap Harry [Kane], Moussa [Sissoko] dan Son [Heung-min] untuk membantu kita mendapatkan keputusan yang kita mahu. Musim ini memang musim yang betul-betul malang untuk kelab.

“Saya rasa mana-mana pasukan adakan bergelut dengan prestasi jika menghadapi situasi sama. Kecederaan Sonny, Harry, Moussa dan Ben – ia terlalu berat, terlalu berat untuk dihadapi.”

Banyak pihak berpendapat bahawa Jose Mourinho adalah seorang pengurus yang berkaliber dalam Champions League kerana latar belakang beliau yang hebat – pernah bergelar juara dua kali bersama Porto (2004) dan Inter Milan (2010).

Semuanya sudah berubah, beliau masih gagal untuk memenangi semua lapan perlawanan kalah mati Champions League sejak 2014.

Kemenangan RB Leizpig ke atas Spurs 3-0 baru-baru ini merupakan kekalahan agregat paling besar dalam karier beliau. Di imbas kembali mengenang sejarah kekalahan yang sebegini adalah melalui jaringan agregat ketika beliau mengurus kelab Real Madrid yang juga tewas kepada Borussia Dortmund 1-4 pada April 2013.

Sepanjang 935 perlawanan dalam kariernya, ini merupakan kali pertama beliau gagal untuk meraih kemenangan enam perlawanan berturut-turut. Kalah tiga perlawanan berturut-turut dalam Champions League juga merupakan perkara yang baru berlaku sepanjang kariernya.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here