MPK tegas tangani sindiket bitcoin

0
40

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan bertindak tegas dengan menyita komputer serta pelbagai peralatan lain yang digunakan sindiket perlombongan mata wang bitcoin yang beroperasi secara haram di daerah ini.

Yang Dipertuanya Datuk Hamdan Hussin, berkata pihaknya memandang serius kegiatan berkenaan yang dikatakan semakin aktif dan mendatangkan kerugian kepada banyak pihak terutama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang apabila membuat sambungan elektrik secara haram.

MPK juga menurut Hamdan, turut kehilangan pendapatan cukai pintu.

“Saya sudah mengeluarkan arahan kepada bahagian penguat kuasa MPK supaya terus bekerjasama dengan TNB Pahang setiap kali diadakan Ops Bitcoin di daerah ini, tindakan secara serentak dua agensi berupaya melumpuhkan kegiatan terbabit,” katanya ketika turut serta dalam Ops Bitcoin di Jalan Paya Tiga, di sini.

Operasi bersepadu disertai MPK, TNB dan Suruhanjaya Tenaga itu kali pertama diadakan menyerbu 18 premis di beberapa kawasan menempatkan bangunan baru seperti Jaya Gading, Balok, Seri Fajar dan Jalan Paya Tiga.

Hamdan berkata, difahamkan unit khas pencegah kerugian TNB Zon Timur menjalankan Ops Bitcoin hampir setiap bulan sejak dua tahun lalu, namun kegiatan itu berulang mungkin disebabkan bidang kuasa TNB yang hanya memotong bekalan elektrik sahaja.

“Penggunaan elektrik secara berlebihan oleh sindiket bitcoin turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik pada pengguna di kawasan terbabit selain boleh menyebabkan kebakaran berikutan penggunaan rangkaian komputer berkuasa tinggi dan beroperasi 24 jam tanpa pengawasan,” katanya.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here