Muka polis ditumbuk, ingkar PKP ditahan

0
864

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KANGAR: Seorang lelaki berusia 50 tahun itu bertindak menumbuk muka anggota polis selepas ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dekat sebuah pondok di Kampung Permatang Bongor, Simpang Empat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, sebelum kejadian berkenaan berlaku satu pergelutan antara suspek bersama anggota berpangkat koperal berkenaan.

Katanya, dalam kejadian itu 24 bungkusan plastik berisi cecair disyaki air ketum turut dirampas yang diletakkan di dalam sebuah tong bersebelahan pondok berkenaan.

“Pada awalnya, sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan berhampiran kawasan pondok di kampung terbabit.

“Sewaktu anggota polis memperkenalkan diri kepadanya, dia cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan sebelum suspek bertindak menumbuk bawah mata anggota polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wari berkata, akibat tindakan suspek, anggota terbabit mengalami kecederaan calar dan bengkak pada mukanya.

“Pemeriksaan menyeluruh di sekitar pondok terbabit berjaya menemui 24 bungkusan cecair disyaki ketum dan kita masih menyiasat sama ada ia adalah miliknya atau tidak,” katanya.

Wari berkata, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, Seksyen 332 kanun yang sama kerana mencederakan penjawat awam dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sumber: myMetro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here