N Sembilan mohon RM15 juta untuk bina SJKT Ladang Bahau

0
156

JEMPOL: Kerajaan Negeri Sembilan berharap peruntukan bagi pembinaan semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bahau yang tertangguh pembinaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dapat diluluskan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk L Manickam, berkata pihaknya sudah menyerahkan surat permohonan projek itu kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika lawatan beliau ke Jempol Ahad lalu.

Pembinaan sekolah baharu itu di tapak seluas dua hektar sudah dirizabkan di Bandar IOI, Bahau. Sekolah sedia ada sudah lagi tidak sesuai untuk murid belajar berikutan sangat daif dan sempit sehingga menyebabkan murid tidak selesa.

“Sepatutnya selepas PRU-14 ia sudah boleh dibina namun tertangguh atas beberapa faktor termasuk pertukaran kerajaan ketika itu,” katanya hari ini.

Ketika ini ada seramai 226 murid dari sekitar taman perumahan di Bahau belajar di sekolah berkenaan yang terletak dalam Ladang Bahau.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here