Nafi Rayhan Kabir sebagai kakitangan

0
677

KUALA LUMPUR: Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Rayhan Kabir yang mendakwa sebagai Ketua Pemasaran syarikat produksi itu dalam dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown disiarkan Al Jazeera.

Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd dalam kenyataannya hari ini, menafikan Rayhan Kabir sebagai kakitangan syarikat itu.

Syarikat itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki itu selepas dilihat mencemarkan nama dan reputasi syarikat.

“Untuk rekod, Rayhan pernah memberikan perkhidmatannya sebagai kontraktor tetapi tidak pernah menjadi pekerja di syarikat produksi.

“Kami terkejut dengan kenyataan Rayhan menerusi Facebook yang mendakwa beliau adalah ketua pemasaran di syarikat ini.

“Pihak syarikat secara mutlak sama sekali tidak setuju dengan kenyataan Rayhan terhadap negara tersayang Malaysia.

“Kenyataan Rayhan adalah berat sebelah dan tidak menggambarkan pandangan serta prinsip syarikat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kes berbangkit jika perlu.

“Kami ingin menekankan kehormatan dan kebanggaan terhadap Malaysia, selain tidak bertolak ansur dengan sebarang kenyataan negatif serta fitnah terhadap tanah air tercinta,” katanya.

Semalam, polis dilaporkan memulakan siasatan terhadap media antarabangsa Al Jazeera susulan penyiaran satu dokumentari yang didakwa berniat memburuk-burukkan Malaysia ketika mengendalikan wabak COVID-19 membabitkan warga asing di negara ini.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here