“Nampak Sangat DAP Tak Suka Islam” Hannah Yeoh Persoal Isu Kawin Bawah Umur.

0
107
Gambar hiasan.

Berikutan dengan pengumuman kabinet baru oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seperti yang telah dimaklumkan, 3 wakil PAS juga turut tersenarai sebagai Menteri kabinet yang baru iaitu Datuk Takiyuddin Hassan di Jabatan Perdana Menteri( Parlimen dan Undang-Undang), Timabalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar) serta Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi).

Menerusi perlantikan tersebut, terdapat beberapa ahli politik lain yang tidak berpuas hati dengan keputusan kabinet yang telah di umunkan termasuklah Hannah Yeoh yang merupakan Ahli Politik di dari The Democratic Action Party (DAP). Hannah Yeoh di dalam posting di twitter mempersoalkan apa yang akan berlaku kepada tujuan negara untuk melawan perkahwinan di bawah umur jika MP daripada PAS dilantik sebagai Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga iaitu Datuk Siti Zaliah Mohd Yusoff.

‘Kicauan’ tersebut dibalas oleh seorang individu bernama Daniel Krisjian, yang menyatakan “Kita tunggu dan lihat kalau perkahwinan bawah umur akan dibubarkan atau sebaliknya, lelaki muslim akan bergembira mempermainkan kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun ke bawah”. Kenyataan berikut pastinya mengundang kemarahan umat islam.

Isu berkaitan perkahwinan di bawah umur sudah pun dijelaskan oleh mufti wilayah persekutuan berikutan kes viral kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun. Menurut kamus dewan edisi ke-4 kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil ( baisanya lebih 7-8 tahun) dan ‘remaja’ pula merujuk kepada individu yang sudah dewasa, akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Manakala dalam seksyen 2(1) Akta kanak-kanak 2001 menyebutkan bahawa kanak-kanak adalah: seorang kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun. [ Rujuk Akta 611(Akta Kanak-Kanak 2001), hlm.16]

Berdasarkan artikal yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah, mereka telah mengeluarkan pendapat yang berkaitan dengan isu tersebut. Pertama, pendapat yang menyatakan bahawa tidak wajar perkahwinan di bawah umur tersebut yang berdalilkan firman Allah dalam surah Al-Nisa’ ayat ke-6 yang bermaksud “Dan ujilah anak-anak yatim sampai mereka mencapai usia nikah. Apabila kalian menemukan kecerdasannya maka serahkanlah harta-harta itu kepada mereka”. Ayat di atas bermaksud, tanda tamatnya usia kanak-kanak adalah ketika sampainya umur pernikahan, sekiranya pernikahan kanak-kanak ini sah nescaya ianya tidak memberikan sebarang makna.

Golongan ini juga berpendapat bahawa perkahwinan ini-ini (kanak-kanak bawah umur) tidak mendatangkan faedah. Hal ini kerana perkahwinan bertujuan untuk mengadakan pergaulan (atau mu’asyarah), menghasilkan keturunan dan ketenangan jiwa. Kesemua itu tidak akan tercapai dengan perkahwinan kanak-kanak dan mungkin boleh mendatangkan mudarat.

Jelaslah di sini bahawa islam tidak akan sewenang-wenangnya meletakkan hukum hakam tanpa membuat rujukan terlebih dahulu. Setiap apa yang berlaku pasti terdapat rujukan dan pendapat orang-orang alim yang terdahulu untuk kita, umat islam jadikan panduan. InsyaAllah, mereka yang telah diberi kepercayaan akan melakukan kerja mereka sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara mungkar berlaku.

Berbalik pada isu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SAYS Malaysia, etnik cina memegang rekod paling tinggi dalam kadar perkahwinan di usia muda bagi etnik bukan islam di Malaysia. Jelaslah bahawa isu ini bukanlah spesifik melibatkan orang muslim sahaja, ini bermakna isu tersebut adalah isu nasional.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here