Nazifuddin dikehendaki bayar tunggakan cukai sebanyak RM37.6 juta

0
134

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin, diperintah membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi sebentar tadi yang membenarkan permohonan LHDN mendapatkan penghakiman terus dalam kes saman terhadap Mohd Nazifuddin bagi menuntut jumlah terbabit.

Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mewakili Mohd Nazifuddin, memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here