Nelayan Bachok tubuh skuad khas kesan mangsa hilang

0
72

BACHOK: Persatuan Nelayan Bachok menubuhkan skuad khas dianggotai 10 bot  bagi mengesan dua mangsa yang masih hilang, dalam insiden bot terbalik ketika memancing di kawasan perairan 13 batu nautika dari Muara Kuala Kemasin, Bachok, Isnin lepas.

Pengerusinya Saripudin Ishak berkata, mereka terdiri daripada bot kelas A yang disertai sekurang-kurangnya 20 nelayan pantai dan skop pencarian diperluaskan sehingga 30 batu nautika, daripada masa terakhir dijumpai.

“Kira-kira 20 bot pukat jerut yang beroperasi menangkap ikan pada waktu malam juga sudah diminta memantau dan melaporkan kepada pihak berkuasa, sekiranya terdapat mayat yang terkena pukat,” katanya ketika ditemui di Jeti Pemasaran Ikan di Kuala Kemasin di sini, hari ini.

Dua mangsa yang belum ditemui ialah Arman Ismail,43, dan Che Wadi Bakar, 44, manakala enam rakan mangsa sebelum ini ditemui lemas, sementara  12 yang lain dapat diselamatkan.

Saripudin berkata, operasi pencarian itu akan diteruskan dengan kerjasama lebih 800 ahli persatuan nelayan, sehingga operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun pihak kami akan tetap bergerak secara tidak rasmi, mengesan mangsa yang masih hilang semasa bekerja harian.

“Melalui pengalaman kami di laut, kemungkinan kedua-dua mangsa hanyut dibawa arus hingga antara 20 hingga 30 batu nautika daripada tempat kejadian, akibat tekanan angin kencang dari arah barat daya pada waktu petang dan malam, di perairan pantai Kelantan sekarang,” katanya.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here