Nelayan boleh mohon LKIM bantuan beli peranti anak ikuti PdPR

0
77

TAIPING: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membuka permohonan kepada 35,000 nelayan berdaftar untuk memohon bantuan peranti bagi membantu anak-anak mereka mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lebih berkesan.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata LKIM ada peruntukkan khas untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak nelayan yang kurang berkemampuan.

Nelayan yang kurang berkemampuan boleh terus membuat permohonan di mana-mana Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) atau Negeri.

“Mungkin ramai nelayan yang tidak tahu ada bantuan seperti ini. Setiap permohonan yang dibuat akan dipertimbangkan bagi memastikan hanya mereka yang layak mendapat bantuan khas ini,” katanya selepas menyerahkan cek Bantuan Prihatin Rakyat P059, EDU Prihatin SK/SMK/SPM & STPM berjumlah RM304,600 kepada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Taiping, Syed Nasir Sayed Mahadi, hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, banjir baru-baru ini mengakibatkan kerosakan bernilai RM2.7 juta fasiliti agensi itu termasuk kompleks pendaratan ikan serta aset ahli persatuan.

Katanya, LKIM sudah mengemukakan permohonan kepada kementerian minggu lalu bagi mendapatkan bantuan untuk membaik pulih aset LKIM dan ahli yang rosak.

Ditanya mengenai bekalan ikan dan udang menjelang perayaan Tahun Baru Cina, beliau berkata, masyarakat tidak perlu bimbang berikutan LKIM masih mempunyai bekalan yang mencukupi disamping sentiasa memantau harga pasaran agar tidak dimanipulasi pihak tertentu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here