Op Mabuk di Johor 10 ditahan

0
87

JOHOR BAHRU: Polis menahan 10 individu selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi serentak di seluruh negeri bermula 9 malam hingga 3 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan, berkata pihaknya melancarkan Ops Mabuk di seluruh negeri bagi mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, kesemua lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 60 tahun itu ditahan kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menahan empat pemandu dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (BSPT IPD) Seri Alam menahan empat pemandu.

“BSPT IPD Kulai menahan seorang pemandu dan BSPT IPD Batu Pahat juga menahan seorang pemandu.

“Sepanjang Op Mabuk itu, JSPT Kontinjen Johor mengeluarkan 81 saman kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengguna jalan raya diingatkan untuk tidak memandu jika mengambil alkohol yang melebihi kadar ditetapkan dan dinasihatkan tidak boleh memandu kenderaan sekiranya mengambil minuman beralkohol.

“Op Mabuk diaktifkan bagi mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya,” katanya.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here