Pahang benar kanak-kanak, warga emas makan di premis perniagaan

0
45

KUANTAN, 19 Jun  — Kerajaan negeri Pahang membenarkan kanak-kanak dan warga emas untuk masuk dan makan di premis perniagaan serta kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa serta-merta. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata selain restoran, arahan itu turut terpakai kepada medan selera, pusat penjaja, gerai makanan di tepi jalan dan trak makanan di seluruh negeri. 

“Kebenaran di kawasan R&R juga meliputi kemudahan seperti surau dan tandas awam. Bagaimanapun, larangan untuk ke taman awam dan taman permainan di kawasan tersebut masih kekal. 

“Kebenaran ini diberikan setelah meneliti keadaan semasa dan keperluannya selain sebahagian daripada langkah peluasan operasi premis perniagaan di bawah pelaksanaan PKPP,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Walaupun diberi kebenaran, Wan Rosdy menasihatkan orang awam untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan menjaga penjarakan sosial semasa berada di kawasan berkenaan. 

Selain itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga memutuskan tiada lagi had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk di sesebuah meja bagi setiap premis perniagaan makanan.  

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here