Pekebun temui tengkorak, tulang dalam semak

0
465

TANGKAK: Pekebun sawit menemui tengkorak dan beberapa tulang manusia di tepi Sungai Muar, Kampung Tanjung Olak di Bukit Gambir, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam mendakwa menemui tulang dipercayai milik manusia di kawasan berkenaan jam 7 malam.

Saksi mendakwa menyedari tengkorak dan tulang berkenaan ketika menebas rumput bagi membersihkan kebun sawitnya, selain terhidu bau busuk sebelum melaporkan kepada polis.

“Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) menjumpai tengkorak manusia serta beberapa tulang dalam semak sekitar Sungai Muar itu tanpa sebarang identiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here