Pekerja balak, kilang kayu merintih mencari peluang pekerjaan

0
155

GUA MUSANG: “Walaupun sudah ada kebenaran bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, kami belum dipanggil untuk bekerja,” kata Muhamad Fuzi Sallah, 42.

Dia antara berpuluh pekerja balak dan kilang papan di Gua Musang yang berdepan masalah hilang punca pendapatan selepas operasi kilang dihentikan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Menurutnya, dia tidak mempunyai harapan lagi untuk menyambung pekerjaan itu apabila belum dipanggil bagi meneruskan kerjanya sama ada menebang balak dan memandu lori.

Berikutan itu, dia berkata, hidup bekas pekerja balak semakin terhimpit dengan bebanan perbelanjaan dan sukar mencari peluang pekerjaan lain sebagai ganti.

“Tidak tahu apa yang hendak difikirkan lagi dan jika adapun syarikat pembalakan yang beroperasi tidak lagi mengambil pekerja baharu,” katanya.

Seorang kerani disebuah kilang papan, Saleha Ariffin, 38, pula berkata, kilang papan tempat dia bekerja mulai ditutup operasi sejak 18 Mac lalu.

Dia berkata, sebaik kerajaan mengumumkan normal baharu PKPP dan membenarkan operasi semula kilang papan tetapi hingga kini ia masih belum berbuat demikian.

“Malah, pihak pengurusan kilang memberitahu saya bersama bekerja lain di kilang terbabit dihentikan kerana kilang papan tidak lagi boleh beroperasi.

“Berikutan itu, saya buntu memikirkan untuk mencari peluang pekerjaan lain dan selama ini hanya mengharapkan kepada rezeki sebagai kerani,” katanya.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here