Pelan vaksinasi COVID-19 sudah tersedia

0
34

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sudah mempunyai pelan vaksinasi COVID-19 khusus kepada rakyat dengan pelaksanaannya dibuat apabila vaksin berkualiti mengikut Dasar Vaksinasi Negara iaitu berkesan dan selamat sedia digunakan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pelaksanaan program berkenaan akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan petugas barisan hadapan.

Beliau berkata, ia kerana permintaan vaksin COVID-19 di peringkat global dijangka sangat tinggi, sekali gus memberi kesan kepada bekalan ke negara ini.

“Keutamaan akan diberi kepada petugas barisan hadapan terbabit dalam kawalan COVID-19 secara langsung, kumpulan perlu dilindungi, termasuk warga emas dan pesakit ko-mobiliti.

“Seterusnya, program vaksinasi ini akan diperluas kepada rakyat lain sehingga mencapai imuniti seperti disarankan,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang mahu KKM menyatakan pelan khusus dan strategi pelan vaksinasi apabila vaksin COVID-19 diperolehi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here