Pemandu bas wajib daftar, carum SKSPS PERKESO

0
101

PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Pemandu bas) (Pindaan) 2021.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata melalui penguatkuasaan itu semua pemandu bas yang bekerja sendiri di seluruh negara diwajibkan mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO.

Beliau berkata, pemandu bas boleh dikenakan denda

sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, sekiranya gagal berbuat demikian.

“Sehingga semalam seramai 81,331 pencarum aktif direkodkan berdaftar dan mencarum di bawah SKSPS PERKESO, termasuk 1,346 pemandu bas.

“Sehingga kini, sebanyak RM2.35 juta faedah SKSPS sudah dibayar kepada orang bekerja sendiri, termasuk tanggungan mereka apabila pencarum mengalami kemalangan atau meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.

“Sehubungan itu, semua pemandu bas dan orang bekerja sendiri yang layak segera mendaftar dan mencarum bagi memastikan mereka mendapat perlindungan di bawah SKSPS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mulai 1 Jun 2017, PERKESO sudah menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) yang memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here