Pemandu lori tangki maut, hilang kawalan, jatuh dalam gaung

0
104

BINTULU: Seorang pemandu lori tangki maut apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Tatau-Bintulu, pagi tadi.

Mangsa, Joshua Suen ak Kasin,44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.58 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa tersepit dengan bantuan jengkaut dari pihak Pan Borneo yang kebetulan berada berdekatan lokasi kemalangan.

“Setelah berjaya dikeluarkan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here