Pembunuh dan Penyerang masjid dipenjara sepanjang hayat

0
529

Christchurch: Lelaki Australia yang menyerang dua masjid di sini dan menembak mati 51 orang Islam, tahun lalu, dihukum penjara sepanjang hayat.

Hakim Cameron Mander ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Brenton Tarrant, 29, turut menyifatkan lelaki itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Tarrant, 29, sebelum ini, mengaku salah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 cubaan bunuh dan satu pertuduhan keganasan di dua dua masjid di Christchurch, pada 15 Mac 2019.

Prosiding jatuh hukum itu berlangsung sejak Isnin lalu itu.

Lebih 90 ahli keluarga kepada mangsa yang terkorban dan terselamat memberikan kenyataan impak mangsa (VIS) sebelum hakim menjatuhkan hukuman.

Bagaimanapun, Tarrant memilih untuk berdiam diri ketika diberi peluang untuk bercakap sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

Sepanjang prosiding, mahkamah dikawal ketat oleh pasukan keselamatan dengan anjing pengesan membantu memeriksa individu yang memasuki bangunan berkenaan.

Tarrant juga diletakkan di dalam lokap di bahagian bawah bangunan itu.

Ia bagi mengurangkan risiko keselamatan ketika perjalanan pergi dan pulang ke penjara.

-Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here