Pemilik syarikat ditahan cuba rasuah pegawai SSM

0
101

PUTRAJAYA: Seorang pemilik syarikat direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Suspek dipercayai ingin menukar pemilikan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya menggunakan dokumen palsu.

Perintah reman sehingga 31 Ogos itu dikeluarkan terhadap suspek oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Suspek lelaki berusia 66 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pemindahan saham itu tidak didaftarkan oleh SSM dan turut membabitkan Setiausaha Syarikat berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika mengesahkan tangkapan itu, berkata suspek berdepan siasatan mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here